Inilah jumlah wang yang dimenangi oleh pasukan-pasukan Kejohanan Dunia M3

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M3 menyaksikan 16 pasukan bertanding bagi merebut gelaran juara dunia serta piala pemenang untuk edisi kali ini.

Pasukan Blacklist International berjaya muncul juara selepas mereka menewaskan pasukan senegara iaitu ONIC PH dengan skor 4-0.

Satu rekod yang belum pernah dicapai di dalam edisi M1 dan juga M2.

Blacklist International selaku juara membawa pulang wang hadiah lumayan berjumlah AS300 ribu (RM1.25 juta).

Mereka juga ingin menyumbangkan sebahagian dari wang kemenangan itu kepada mangsa taufan Odette yang melanda Filipina baru-baru ini.

Manakala, pasukan ONIC PH membawa pulang AS120 ribu (RM501 ribu) selepas meraih tempat kedua.

Pasukan BTK mendapat AS80 ribu (RM330 ribu) dan pasukan tuan rumah EVOS SG mendapat AS55 ribu (RM220 ribu).

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+