Setelah ditangguh pelancarannya berkali-kali, permainan Cyberpunk 2077 akhirnya akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Untuk memastikan pemain PC bersedia untuk permainan tersebut, CD Projekt Red telah mengemas kini senarai keperluan sistem dan berkongsi mengenainya di laman sosial.
Senarai keperluan sistem baharu ini bukan sahaja menyatakan komponen-komponen yang diperlukan tetapi juga tetapan grafik yang disasarkan. Kepada anda yang berminat untuk bermain dengan teknologi pencahyaan ray-tracing, maklumat keperluan sistem mengenai tetapan-tetapan ray-tracing juga dikongsikan.
Walaupun Cyberpunk 2077 merupakan permainan generasi baharu, keperluan sistem untuk versi PC nampaknya tidak begitu tinggi. Untuk paparan beresolusi 1080p, anda hanya memerlukan kad grafik model lama seperti GTX 1060 atau GTX 1660 Super atau Radeon RX 590.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 10 Disember ini. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series akan dilancarkan pada masa depan.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.