Inilah pasukan yang akan menyertai Piala Presiden Esports 2021

Piala Presiden Esports 2021 adalah salah satu kejohanan dari pemerintah untuk menghargai barisan pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi pengaruh e-sukan di dalam negara Indonesia itu sendiri.

8 pasukan dari MPL Indonesia akan bertarung di antara satu sama lain untuk merebut gelaran juara. Sudah pastinya kejohanan ini ditunggu-tunggu oleh mereka sebelum tibanya Kejohanan Dunia M3. 

Jadual untuk pusingan kelayakan tertutup akan bermula pada 19 November ini dan format perlawanan adalah kalah mati dan best of three. Pusingan akhir akan dimainkan dalam format best of five.

Pasukan yang menyertai Piala Presiden Esports 2021 adalah:

  • Geek Fam ID
  • Rebellion Genflix
  • Bigetron Alpha
  • EVOS Legends
  • RRQ Hoshi
  • Alter Ego
  • Aura Fire
  • ONIC ID

Dapatkah pasukan ONIC ID meneruskan kegemilangan mereka untuk mendapatkan piala ketiga kali ini? Kita bakal saksikan. 

 

RELATED NEWS

+