Inilah pasukan yang layak ke acara utama Piala Presiden Esports 2021

Selepas bertarung di peringkat kumpulan, kini 2 pasukan di setiap kumpulan akan mara ke peringkat main event untuk merebut gelaran juara Piala Presiden Esports 2021.

Alter Ego Esports mendominasi kumpulan A dengan hanya mengalami satu kekalahan manakala RRQ Sena berjaya mendahului di tempat kedua dengan mata yang tipis di antara Kaizen Fraccnant dan Arceus.

Di kumpulan B pula, Aura Esports berada di tempat pertama dengan rekod tanpa kalah dan pasukan Bigetron Alpha juga berjaya menduduki tempat kedua dengan 7 mata.

Aura Esports, Alter Ego, Bigetron Alpha dan juga RRQ Sena akan bertarung di antara satu sama lain untuk merebut gelaran juara Piala Presiden Esports 2021.

Peringkat main event akan diadakan di The Westin Resort Nusa Dua – Mangapura Hall, Bali. Pertandingan akan bermula pada 17-19 Disember ini.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+