Inilah senarai bracket playoff MPL ID S9

Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID) musim ke-9 kini sudah tamat peringkat liga.

Hanya enam pasukan yang layak ke peringkat playoff pada 21 April ini di mana pasukan Geek Fam ID dan juga Rebellion Zion gagal untuk melayakkan diri.

Format playoff MPL ID adalah berbeza dengan MPL MY di mana enam pasukan akan berlawan di upper bracket.

Akan tetapi kelebihan diberikan kepada pasukan yang mempunyai kedudukan kedua teratas liga di mana mereka tidak akan bermain di perlawanan pertama dan kedua.

Pasukan RRQ akan bertemu dengan pemenang perlawanan di antara Aura Fire dan BTR.

ONIC Esports pula akan bertemu dengan pemenang perlawanan di antara EVOS Legends dan Alter Ego.

Siapakah di antara pasukan ini yang akan menjadi juara MPL ID musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Sumber: MPL ID

RELATED NEWS

+