Inilah senarai lengkap roster MPL MY musim kelapan

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita 2 pencabar baru di dalam MPL Malaysia musim kelapan nanti, mereka ialah pasukan SDGR EA EBLZ dan Pasukan Rahasia.

Dalam satu kenyataan media oleh Moonton, senarai roster lengkap kesemua pasukan yang akan bertanding di MPL MY musim kelapan kini didedahkan.

Nota: Kesemua nama ahli pasukan pada musim lalu boleh dibaca di sini bagi perbandingan.

TEAM BOSSKURR

Pasukan Rahasia kini sudah bernaung di bawah organisasi Team Bosskurr. Keputusan untuk mengambil pasukan Rahasia adalah taktik yang bijak untuk mereka mendapatkan peluang menjadi juara musim kali ini.

Ini kerana, kebanyakan pasukan tidak begitu arif tentang corak permainan pasukan Rahasia oleh kerana mereka adalah salah satu pasukan yang baru walaupun mempunyai dua pemain veteran dari Orange Esports, Aim dan Neo.

Selain itu, Kuja juga dilantik sebagai jurulatih dan mereka mengambil Squpoz dan pemain baru, Sonic yang akan menjadi jungler. Sonic sebelum ini bermain untuk Mad Esports.

RSG MY

Tiada banyak perubahan oleh pasukan juara musim ketujuh, RSG MY kali ini. Mereka hanya membawa masuk Mom (ex-Orange) ke dalam pasukan untuk menggantikan Leixia yang ingin berehat dari scene kompetitif.

SUHAZ ESPORTS

Suhaz masih mengekalkan lineup mereka di musim lepas, hanya membawa masuk Mali dari Orange Esports. Mereka sebelum ini memasuki pertandingan di bawah nama Suhaz EVOS di atas kerjasama antara kedua organisasi. 

Namun begitu, mereka membuat keputusan untuk tidak lagi bersama EVOS dan menggunakan nama Suhaz Esports untuk musim kali ini.

RED ESPORTS

Tiada sebarang perubahan yang dibuat untuk pasukan ini, mereka berjaya mendapatkan tempat di top four pada musim lepas.

ORANGE ESPORTS

Pasukan ini akan bertanding untuk MPL MY musim kelapan dengan lineup yang baru dan beberapa ahli pasukan itu diambil dari Team Lunatix (Pasukan akademi dari Orange Esports). Man dan Min adalah adik-beradik kembar dari S7 Reborn.

GEEKFAM

Juara musim ketiga dan naib juara musim kelima ini masih mengekalkan lineup mereka. Harapan mereka untuk musim kali ini adalah menjadi juara dan mendapatkan slot untuk bermain di kejohanan dunia, M3.

TEAM SMG

Pasukan SMG kembali untuk musim kelapan dan sudah berada di dalam arena MPL sejak musim kelima. Untuk musim kali ini, Jamesss akan terus menjadi jurulatih mereka dan jungler mereka Deto adalah salah seorang pemain termuda di MPL MY yang hanya berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, ada lagi pemain yang belum didedahkan untuk Team SMG.

HOMEBOIS

Homebois membawa masuk bekas pemain Todak iaitu Vins. Lineup mereka masih kekal seperti musim dahulu. Antara pemain mereka seperti Sepat adalah pemuda yang berbakat besar dan harus diberikan tumpuan untuk MPL MY kali ini. Aul juga dikatakan akan bermain musim ini.

SDGR EA EBLZ

Bermula dari bermain di restoran mamak, pencabar baru MPL ini berjaya mendapatkan slot sesudah mereka menang pusingan kelayakan tempoh hari. Jurulatih mereka Cr1tics adalah bekas jurulatih RSG untuk musim ketujuh. Pasti ramai peminat MPL MY akan memberikan highlight kepada pencabar baru ini.

Lineup mereka adalah Mevi, Sori, Levii, Kuz4 dan Mayoz.

TODAK

Todak mencetuskan kejutan pada MPL MYSG musim keenam selepas menjadi juara dengan rekod bersih. Mereka juga berjaya ke MSC 2021.

Kali ini, mereka mengambil bekas pemain Orange Esports, Delus (kini Ajiq) dan YumS sebagai tank baharu. Barisan pemain lain tidak berubah melainkan Vins, Stoo dan Xray yang tidak lagi bersama organisasi.

Sepuluh pasukan akan berentap di MPL MY musim kelapan di dalam regular season dengan format best of three untuk mendapatkan wang hadiah lumayan berjumlah AS$100,000 (RM423,000). 

Pertandingan ini akan diadakan secara atas talian untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pemain dan krew-krew yang terlibat di dalam acara itu. Pemain akan bertanding di gaming house mereka sendiri.

Sebelum ini, RSG MY berjaya menjadi juara untuk musim ketujuh, mampukah Bosskurr dan SDGR EA EBLIZ memberikan saingan kepada otai-otai lama MPL MY? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+