Inilah senarai pasukan yang layak ke kejohanan dunia, M3 setakat ini

Kejohanan Dunia M3 akan berlangsung tidak lama lagi, masih berbaki dua negara yang belum diketahui wakil mereka untuk ke kejohanan itu iaitu Indonesia dan Filipina.

Setakat ini ada 12 pasukan yang sudah disahkan akan menyertai kejohanan itu sebagai wakil negara masing-masing. 

Difahamkan, negara MPL akan mempunyai dua slot dikhaskan kecuali Kemboja.

NO. NAMA PASUKAN PERTANDINGAN
1. Team SMG Juara MPL MY musim kelapan
2. Todak  Naib juara MPL MY musim kelapan
3. Red Canids  Juara MPL Brazil musim pertama
4. Vivo Keyd Naib juara MPL Brazil musim pertama
5. EVOS SG Juara MPL SG musim kedua
6. RSG SG Naib juara MPL SG musim kedua
7. SeeYouSoon Juara MPL KH musim pertama
8. BloodThirstyKings Juara pusingan kelayakan M3 Amerika
9. Akatsuki Juara Arabia Major M3
10. Malvinas Gaming Juara Kejohanan Latam 2021
11. Deus Vult Juara Liga Mythic Mobile Legends CIS
12. Bedel Juara Kejohanan Mobile Legends Turkey 2021
13. TBC Juara MPL ID musim kelapan
14. TBC Naib juara MPL ID musim kelapan
15. TBC Juara MPL PH musim kelapan
16. TBC Naib juara MPL PH musim kelapan

Selepas berakhirnya MPL ID dan MPL PH, kita akan mempunyai senarai lengkap semua pasukan yang akan ke Kejohanan Dunia M3.

Ia akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

M3 kali ini pasti akan menyaksikan sesuatu yang berlainan pada sebelumnya. Kita dapat melihat pencabar dari Amerika, Amerika Latin dan negara dari Timur Tengah akan membawakan cabaran kepada pasukan veteran dari negara MPL.

Jangan lupa untuk saksikan juga peringkat playoff MPL Indonesia musim kelapan yang akan bermula pada hari ini! 

RELATED NEWS

+