Inilah senarai roster musim kelapan EVOS Legends!

Ramai peminat menantikan pasukan Sang Macan Putih untuk mengumumkan roster mereka bagi menghadapi Liga Profesional (MPL) Indonesia musim kelapan. Melalui perkongsian di platform Youtube, EVOS Legends memaparkan barisan pemain mereka untuk musim kelapan.

Mereka adalah Wann, Ferxiic, Rekt, LJ, Antimage, Clover, Rhapsody, Vaanstrong dan Panser. Ini menjadikan jumlah pemain untuk musim kelapan mereka kali ini menjadi 9.

Vaanstrong yang diura-urakan akan masuk ke EVOS Legends selepas keluar dari AuraFire ternyata benar sama sekali. Wannn yang baru sahaja membuat comeback sebelum ini muncul juga di dalam roster. Beliau berehat pada musim lepas oleh kerana faktor kesihatan fizikal dan mental yang dilaluinya.

Persoalannya siapakah yang bakal menjadi jungler untuk skuad utama EVOS kali ini, adakah kita akan melihat Wannn kembali di dalam posisi jungler atau pun sang bayi ajaib Ferxiic yang akan memegang posisi itu.

Barisan pemain kali ini adalah salah satu yang terkuat di dalam musim kelapan, mampukah mereka mempertahankan takhta mereka untuk menjadi back to back champion kali ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+