Inilah wakil MLBB Indonesia ke Sukan SEA Hanoi

Pasukan negara tetangga iaitu Indonesia sudah bersedia untuk bersaing di Sukan SEA Hanoi 2021. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Garudaku (@garudaku.esi)

Mereka akan diwakili oleh:

  • Alberttt
  • R7
  • Vynn
  • Kiboy
  • CW
  • Sanz
  • Luminaire

Jika kita lihat pada gandingan barisan pemain di atas, terdapat tiga pemain dari RRQ, tiga pemain dari ONIC Esports dan seorang pemain dari EVOS Legends.

Mereka menyasarkan pingat emas untuk Sukan SEA kali ini. Terdahulu, Ciku menyatakan Indonesia akan memberikan saingan hebat kepada kontinjen negara disebabkan pasukan mereka diwakili oleh pemain bintang.

Adakah pasukan negara akan dapat menghadapi saingan dari negara jiran Indonesia kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Ia dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

RELATED NEWS

+