Instagram pemain EVOS dan RRQ dinyahaktif

Mungkin ramai tidak mengetahui tetapi terdapat beberapa Instagram pemain daripada pasukan EVOS Legends dan RRQ dinyahaktif.

Kejadian ini lazim berlaku di MPL Indonesia jika pasukan itu tewas di peringkat liga atau playoffs.

Pemain yang berada di dalam pasukan itu akan dilapor oleh peminat dan akaun Instagram mereka akan dinyahaktif.

Pada musim ini, dua pasukan terkesan daripada isu ini iaitu EVOS Legends dan RRQ.

Ramai akaun Instagram pemain EVOS Legends ‘hilang’ selepas perlawanan menentang Alter Ego.

Ramai membuat spekulasi bahawa akaun mereka dilapor oleh peminat Alter Ego selepas EVOS Legends comeback untuk layak ke MSC 2023.

Setakat ini, akaun mereka masih dinyahaktif di Instagram.

Nasib yang sama menimpa Roamer pasukan RRQ, VYN yang dilapor oleh peminat selepas perlawanan menentang EVOS Legends.

Pada saat getir untuk kedua-dua pasukan, VYN melakukan kesilapan yang menjadi punca kekalahan RRQ.

Akaunnya ditutup selepas perlawanan itu tetapi akaun VYN kembali semula selepas beberapa hari.

Ramai penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap segelintir penyokong yang suka melakukan perkara itu.

“Penyokong Indonesia sangat bersemangat tentang permainan ini sehingga mereka lupa bahawa idola mereka seorang manusia juga,” ujar seorang penyokong.

Peminat perlu ingat bahawa menang kalah adat perlawanan dan pemain juga seorang manusia.

RELATED NEWS

+