“Insya-Allah, esok atau dalam masa terdekat,” – Orange Esports

“Insya-Allah, esok atau dalam masa terdekat,” Itu kata Pengurus Orange Esports, Raz Ellyssa Razali atau lebih dikenali sebagai Alice berhubung pengumuman roster baru pasukan itu selepas slot Mikey yang ditarik balik dimenangi oleh MAB Esports.

Semalam, gempar apabila pusingan kelayakan semula MPL MY S9 itu menyaksikan MAB Esports menang 2-0 ke atas Team Lemah.

Disebabkan kemenangan itu, secara teknikalnya kolaborasi Orange Esports bersama MAB Esports (yang mana pemain MAB bermain di bawah Orange) tidak lagi relevan. Oleh itu, Orange perlu mencari ahli pasukan baru.

Difahamkan, banyak lagi pasukan yang boleh meminjamkan pemain mereka antaranya Team Haq, Team Lemah dan lain-lain organisasi sepertimana Orange mengambil pemain-pemain berbakat pada musim-musim sebelumnya.

Oleh itu, nantikan pasukan manakah yang akan berkolaborasi bersama Orange Esports dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+