ION Esports PUBG Mobile, siapa mereka?

Bigetron Esports baru-baru ini mengumumkan pasukan mereka, Bigetron ION dipinjamkan ke ION Esports.

Lima pemain mereka, Auro, Jerrsy, Hijrah, RedFacen dan Liquid akan membawa nama ION Esports di liga profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia musim kedua. 

Seperti yang dilaporkan oleh portal Indonesia, ggwp.id, pasukan ini baru saja ditubuhkan pada bulan Mei, 2 bulan sebelum Kejohanan Kebangsaan PUBGM Indonesia 2020. Ketika itu, pemain Bigetron ini didaftarkan sebagai ION Esports.

Laporan itu juga mengatakan peraturan dari PMPL tidak membolehkan satu organisasi menghantar dua pasukan untuk bermain. Oleh itu, mereka menghantar Bigetron Red Aliens ke PMPL dan kemudian pada awal tahun membubarkan pasukan Bigetron ION yang diketuai oleh Jerrsy ini.

Tapi apabila PINC bermula, tiba-tiba mereka didaftar di bawah nama ION tapi masih lagi membariskan pemain dari Bigetron. ION pula memenangi PINC dan mendapat slot ke PMPL.

Kalau anda perhatikan di Instagram ION Esports, ia sebenarnya akaun lama pasukan Bigetron Indonesia.

Adakah ini bermakna ION Esports dibentuk hanya untuk Bigetron menghantar dua pasukan ke PMPL Indonesia Musim Kedua ini?

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+