IShowSpeed sumbang RM235 ribu hadiah kemenangan dari MrBeast kepada tabung kemanusiaan Palestin

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bintang YouTube Darren “IShowSpeed” mengatakan dia sudah menyumbang 50% dari hasil kemenangannya dari acara Wipeout Mr.Beast ke tabung kemanusiaan Palestin.

IShowSpeed berjaya memenangi hadiah sebanyak AS$100 ribu (RM471 ribu) selepas menjuarai acara Wipeout itu.

Dalam acara itu IShowSpeed perlu menghadapi beberapa halangan supaya tidak jatuh ke dalam air.

Dia menyumbangkan sebanyak AS$50,000 (RM235 ribu) ke tabung kemanusiaan Palestin.

Darren walaupun dengan personaliti yang sangat bertenaga dan bising, dia tetap antara Youtuber yang sentiasa menunjukkan sokongan kepada kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Sebelum ini juga IShowSpeed pernah menganjur beberapa acara hadiah iaitu ‘Whatever You Draw, I’ll Buy”.

Pertandingan ini dibuat dimana setiap lukisan yang dilukis di Minecraft dia akan membeli barang itu.

RELATED NEWS

+