Isu AKO Synergy: Addmaths mohon maaf

Semalam, tular di media sosial apabila beberapa pasukan AutoKnockout (AKO) dikenakan tindakan berkaitan isu smurfing (seseorang pemain didapati menyertai kejohanan dengan nama peserta lain) dalam kejohanan Free Fire.

Seiring dengan pengumuman itu, terdapat satu tangkap layar yang turut tular di mana Pengurus AutoKnockout Synergy, Zieqry Idraaqie dikaitkan dengan isu itu secara tidak langsung.

Beliau bagaimanapun memuat naik satu posting permohonan maaf di Facebook.

“Berkenaan isu yang baru berlaku, ini sahaja AddMaths mampu cakap.

“AddMaths, sebagai Pengurus bagi pasukan AKO Synergy, ingin menampilkan diri dan meminta maaf keatas perbuatan yang sudah berlaku.

“Saya sebagai pengurus gagal memantau pasukan sendiri, sehingga boleh berlaku perkara itu di belakang diri saya sendiri. Tindakan saya sendiri terhadap pasukan pun sudah dilakukan.

“Saya juga ingin meminta maaf ke atas ayat saya pada whatsapp group itu. Saya bertindak dimana hanya mereka yang berada di whatsapp group itu faham saja. Namun, apabila ia dikeluarkan oleh individu yang tidak diketahui, keadaan terus meletup dan menjadi teruk.

“Akhir sekali, AddMaths ingin minta maaf kepada komuniti kerana bertindak tidak betul dan menyebabkan keadaan menjadi keruh. Saya tiada kata lagi boleh dikata kecuali maaf,” tulisnya.

Beliau kemudian mengakhiri “AddMaths faham hal ini besar dan memberi impak kepada semua. Akhir kata, AddMaths minta maaf atas segala apa yang berlaku. Sekian,” 

Terdahulu, organisasi e-sukan, SEM9 mengumumkan tiga pemain, xShuraa, xZennOP dan xNEWB diberhentikan serta merta kerana melanggar kontrak.

Dalam satu pengumuman rasmi di Facebook, ketiga-tiga mereka ditangkap smurfing sekali gus mencetuskan suasana permainan tidak adil dalam kejohanan Free Fire.

Difahamkan, pasukan Free Fire SEM9 ini menyertai kejohanan MCP Majors musim kedua.

Tindakan susulan oleh Garena juga adalah mengenakan ban daripada e-sukan selama setahun yang berakhir pada 14 Ogos 2022 bermakna kesemua pemain terbabit tidak boleh bertanding di kejohanan rasmi Free Fire.

Foto: Twitter Add_Maths

RELATED NEWS

+