Isu ‘backdoor’ MLBB: Moonton dah keluarkan patch baharu

Sempena kemaskini terbaharu yang hadir pada 19 September lepas, Moonton seperti sudah menyelesaikan isu backdoor yang menjadi mimpi ngeri ramai pemain profesional, terutamanya selepas apa yang berlaku kepada BREN Esports dijelaskan oleh jurulatih mereka, Duckey.

Menerusi temubual itu, Duckey mengatakan kemenangan pasukan Echo yang bermain backdoor seperti menjejaskan perlawanan dan sistem backdoor ini patut diperbaiki lagi. 

Tanpa minion, Echo menyerang base BREN Esports dan berjaya memenangi perlawanan itu.

Keluhan itu nampaknya menarik perhatian apabila Moonton memperbaiki isu seperti dalam rajah di bawah:

*Untuk makluman, sistem backdoor ini adalah pemain menyerang turret atau crystal tanpa sebarang minion berdekatan.

Walaupun tiada peratusan berapa jumlah serangan dikurangkan terhadap Crystal, namun Moonton mengatakan terdapat pengurangan jumlah serangan yang tinggi apabila tiada minion berdekatan.

Bagi permainan lain, mereka menitikberatkan isu backdoor ini contohnya Dota 2 yang tidak membiarkan perkara ini membelenggu pemain mereka yang bertanding di pentas profesional.

Isu backdoor ini sudah lama membelenggu pemain dan perubahan ini mungkin akan membuatkan mereka rasa lebih lega kerana tiada lagi ketidakadilan dalam perlawanan.

RELATED NEWS

+