Kuala Lumpur: Pasukan PUBG Mobile yang juga juara keseluruhan liga profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) musim ketiga, Dingoz MPX menafikan jika pihaknya ada bekerjasama dengan pasukan lain ketika hari terakhir Super Weekend 3.
Dalam satu kenyataan media, Dingoz mengatakan mereka ingin turun ke Prison dan Mansion dan bukannya di Lipovka.
Katanya, mereka dicabar di peta Miramar oleh pasukan lain dan mungkin berlaku lagi pada perlawanan terakhir sekali gus mengambil keputusan terbaik untuk pasukan bagi mengurangkan risiko.
“Kami tak pernah ke Lipovka seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan.
“Selepas membuat rotasi di Severny, kami dicabar dan dijatuhkan lalu mendapat tempat ke-11 dengan hanya berbekalkan satu mata,” kata Dingoz dalam kenyataan tersebut.
Mereka juga pada masa sama menghormati keputusan pasukan lain yang ingin menukar lokasi dropspot untuk bermain dengan pasif atau agresif.
“Kami menghormati keputusan pasukan yang turun ke dropspot berbeza tapi kami sama sekali tidak mempengaruhi pasukan itu berbuat demikian.
“Setiap pasukan bertanggungjawab dengan keputusan mereka sendiri,” tambah kenyataan itu lagi.
Tambah Dingoz, mereka bukanlah pasukan pilihan dan merupakan underdog serta melalui cabaran sama seperti pasukan lain. Mereka juga bukanlah pilihan peminat namun mengharungi perlawanan yang adil untuk menjadi antara pasukan terhebat di PMPL.
Akhir sekali, mereka mengakui yang setiap keputusan pemain adalah berdasarkan saranan daripada jurulatih.
Dingoz juga mengucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan sejak awal dan kepada penganjur yang beri peluang untuk bertanding.
“Sila sokong semua pasukan Malaysia, akan ada wajah baru di masa depan. Raikan dan sokong pembaharuan ini,” tulis kenyataan itu.
Kenyataan penuh seperti di bawah: