Isu joki: AddMaths berehat dari mengulas sebarang kejohanan e-sukan

Selepas Garena mengenakan ban kepada beberapa pemain profesional Free Fire, pengulas, AddMaths turut mengumumkan ingin berehat kerana turut dikenakan tindakan.

Dalam satu hantaran di Facebook AddMaths Shoutcaster, beliau mengumumkan untuk berehat dari mengulas kejohanan e-sukan.

Dengan apa yang telah berlaku, disini AddMaths nak ambil keputusan untuk berehat dari segala bentuk casting. Maka,…

Posted by AddMaths Shoutcaster on Tuesday, 17 August 2021

Beliau juga akan menarik diri dari pembabitan kejohanan akan datang yang bakal menerima perkhidmatan ulasan olehnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa lama beliau akan berehat daripada mengulas.

Terdahulu, AddMaths sebagai Pengurus skuad AutoKnockout Synergy memohon maaf berikutan tular satu tangkap layar yang mengaitkan dirinya dengan isu joki.

Difahamkan, tangkap layar ini berlaku ketika kejohanan Free Fire Malaysia tak lama dulu. Malah, Garena aktif mengenakan ban baru-baru ini dan nama AddMaths turut terpalit sama.

Peraturan Kompetitif: MCP Majors Musim 2 Pada 15 Ogos 2021, Garena Free Fire MCP Esports Team dimaklumkan mengenai…

Posted by Garena Free Fire on Monday, 16 August 2021

Sebelum ini, AddMaths aktif mengulas kejohanan e-sukan yang pelbagai antaranya kejohanan dunia M1 Mobile Legends sebelum beralih ke arena Free Fire.

RELATED NEWS

+