NorFarah Shahira Mohd Nizam atau Miss Farr hari ini membuat laporan polis berhubung isu gangguan seksual yang didakwa membabitkan beberapa personaliti e-sukan tanah air dalam satu video tular."> NorFarah Shahira Mohd Nizam atau Miss Farr hari ini membuat laporan polis berhubung isu gangguan seksual yang didakwa membabitkan beberapa personaliti e-sukan tanah air dalam satu video tular." /> NorFarah Shahira Mohd Nizam atau Miss Farr hari ini membuat laporan polis berhubung isu gangguan seksual yang didakwa membabitkan beberapa personaliti e-sukan tanah air dalam satu video tular." />

Isu Miss Farr: Selesai buat laporan polis berhubung gangguan seksual

NorFarah Shahira Mohd Nizam atau Miss Farr hari ini membuat laporan polis berhubung isu gangguan seksual yang didakwa membabitkan beberapa personaliti e-sukan tanah air dalam satu video tular.

Miss Far dalam satu hantaran di Instagram memuat naik laporan polis yang dibuat terhadap beberapa individu yang didakwa melakukan gangguan seksual.

“Saya buat laporan terhadap individu yang terbabit dalam livestream itu.

“Mereka memalukan saya dalam live (penstriman langsung), tapi tiada siapa pun yang minta maaf dalam live.

“Tapi dengan Emi saya hormat dia sebab dia masuk live Daddy Hood dan minta maaf,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Miss Farr juga berkata dia membuat laporan itu untuk mempertahankan diri dan mengharapkan tindakan susulan.

“Saya tak pasti lagi nak saman tapi nak beri kesedaran sebab e-sukan ini memang besar,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Team SMG sudah mengenakan tindakan ke atas salah seorang pemainnya yang didakwa terlibat dalam kes tersebut dengan mengeluarkan beliau daripada barisan utama dan memotong gajinya selama tiga bulan.

Artikel berkaitan: Dikeluarkan dari barisan utama, dipotong gaji

Terdahulu, tular satu video dikendalikan oleh penganalisis SEM9.Gank, Fawwaz Sehaimi (Soultan) dalam satu sesi Discord dan juga membabitkan beberapa personaliti e-sukan tanah air termasuk pemain profesional Team SMG, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity) dan pengulas, Emi Mohamad.

Dalam video tular itu, terdapat umpatan dan komen berbaur seksual yang ditujukan kepada Miss Farr.

Sebelum ini, Miss Far adalah rakan sepasukan Trixnity dalam skuad Junior Talent PUBG Mobile dan mereka pernah bertanding di liga profesional (PMCO) di Shanghai, China untuk lima minggu.

RELATED NEWS

+