Isu pause: OhMyV33nus keluarkan kenyataan

Isu pause yang terjadi di perlawanan terakhir MLBB Sukan SEA Hanoi, Vietnam mendapat perhatian ramai pihak. Mereka juga mempertikaikan kemenangan ke atas pasukan Indonesia disebabkan alasan pause.

Namun begitu, kenyataan sudah dibuat oleh Imam dan juga R7 yang menyifatkan mereka bermain dengan ping yang agak tinggi kerana harus menggunakan VPN (Virtual Private Network).

@spin_esports Veenus juga memberikan apa yang terjadi di tim PH saat Grand finals SEA Games #veewise #veenus #timnasmlbb #seagames2021 #serunyamaingame #spinesports ♬ BARELY BREATHING – Grant Averill

Kini, giliran pemain roamer terbaik MLBB Filipina iaitu OhMyV33nus memberikan kenyataan. Dia menyatakan mereka bermain dengan ping merah dan bukannya seperti yang dikatakan oleh R7 iaitu 40 ping. 

“Sebenarnya ada dua sebab kami meminta pause. Perkara ini kami sangat risau sebelum berlawan dengan mereka. Ping merah adalah sebab yang pertama kerana selalu ada delay di kerusi barisan pemain pasukan sebelah kanan,” katanya.

OhMyV33nus juga menerangkan bahawa pasukan yang bermain di kerusi posisi kanan akan mendapat ping merah dan sedikit delay.

“Kami berada di sisi itu saat melawan Indonesia dan ini menjadi pertama kali kami bermain di posisi sebelah kanan.

“Kami tidak pernah minta pause ketika bermain di posisi kiri. Biasanya pasukan yang berada di barisan kerusi kanan kerap meminta pause. Oleh kerana itu, saya tidak tahu mengapa sisi di sebelah kanan menjadi seperti itu. Kami benar-benar bermain dengan ping merah dan sedikit delay,” tambahnya.

Sebab kedua mereka meminta pause adalah kerana telefon pintar milik pasukan Filipina mengalami masalah.

“Satu pause di game 1 menjadi panjang kerana telefon pintar pemain di kerusi sebelah kanan tidak dapat menyambung data. Akan tetapi di sebelah kiri data selalu ‘on’ bersama dengan wifi. Sehingga kami meminta wifi,” ujarnya.

Nampaknya, banyak perkara yang terjadi ketika perlawanan akhir Indonesia lawan Filipina di peringkat akhir Sukan SEA kategori MLBB. Kini, terjawab semua teka-teki yang bermain di fikiran anda semua. Mereka meminta pause bukan di atas alasan ingin pause dengan sengaja.

Sumber: ONE Esports, SPIN Esports

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+