Isu perlawanan tertunda SUKMA MLBB 2024: MESF keluarkan kenyataan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam isu berkaitan perlawanan tertunda antara Terengganu vs Johor di SUKMA Sarawak 2024 kategori MLBB semalam, Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) tampil keluarkan kenyataan rasmi.

Kenyataan itu menyatakan ada pertengkaran berlaku pada perlawanan ketiga antara Johor dan Terengganu. Provokasi dimulakan oleh Pengurus Pasukan Terengganu terhadap salah seorang atlet bermain untuk Johor.

Isu ini sudah pun selesai secara damai antara kedua pasukan dan kemenangan diberikan kepada skuad Johor. Pengurus Pasukan Terengganu pula tidak dibenarkan hadir ke lokasi pertandingan.

Mengikut skor dan ranking, kedua-dua Terengganu dan Johor layak ke playoffs dan akan bermain pada jam 2:30 petang ini selepas kemenangan di pusingan lower bracket pertama.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+