Jangan lupa saksikan pemenang acara Anugerah E-Sukan dan Gaming pertama di Asia Tenggara

Saksikan siapakah pemenang anugerah-anugerah penting dalam gaming dan e-sukan, kali pertama dianjurkan di Asia Tenggara!

Di Super Gamer Fest 2020 minggu kedua bermula Sabtu ini, anda akan dapat menyaksikan nama-nama hebat disenarai pendek seperti Fredo, Vokey, BiuBiu dan lain-lain bertarung dalam kategori masing-masing.

Selain itu, terdapat banyak lagi nama bakat-bakat muda dari negara Asia Tenggara lain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Antara kriteria pencalonan ini adalah berdasarkan sumbangan dan bakat mereka dalam industri e-sukan dan gaming secara amnya. Terdapat tujuh kategori antaranya Jurulatih E-sukan Tahun Ini, Pemain profesional E-Sukan Tahun Ini dan banyak lagi.

Selain itu, nantikan juga temubual eksklusif bersama CEO Team Secret, John Yao, pasukan profesional Dota 2, OG dan pelumba F1, Alex Albon.

Jangan lupa saksikan pemenang pada jam 7:30 malam ya di Facebook MyGameOn!

RELATED NEWS

+