Jangan lupa untuk saksikan Kejohanan Jemputan MLBB Wanita (MWI) hari ini

Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends (MWI) akan bermula pada hari ini.

Dua wakil dari Malaysia iaitu Karra dan OnAirPipol akan bertemu dengan pasukan dari Filipina dan Laos.

Karra akan bermain di kumpulan A manakala OnAir akan bermain di kumpulan B. Pasukan yang berada di kedudukan tercorot di dalam kumpulan akan tersingkir.

Manakala 4 pasukan lagi akan mara ke peringkat playoff. Format peringkat playoff adalah kalah mati dan tidak ada sebarang upper bracket dan lower bracket.

Mari kita berikan sokongan kepada pasukan Malaysia untuk mengharungi cabaran mereka di Kejohanan ini. Perlawanan akan bermula pada jam 2 petang untuk pasukan Malaysia.

RELATED NEWS

+