“Jangan pernah bermimpi OG yang lama akan kembali, ia sudah berakhir” – Topson

Pasukan OG ialah salah satu pasukan terbaik di dunia yang pernah ada di arena kompetitif DOTA 2.

Mereka pernah memenangi lima kejohanan utama dan dua trofi Aegis of Champion The International.

Pemain OG pada ketika itu adalah Topson, Ana, Notail, Jerax dan Ceb.

Walau bagaimanapun, hampir majoriti pemain OG memutuskan untuk bersara selepas memenangi TI9.

Terdapat pemain yang masih aktif sebagai pemain profesional seperti JerAx yang bermain di pasukan Evil Geniuses, dan Ceb yang menjadi pemain simpanan untuk OG di kejohanan ESL Stockholm Major.

Menerusi sebuah hantaran video pendek Youtube Titaniadota, Topson menyatakan bahawa kebarangkalian pasukan OG yang lama untuk kembali main bersama itu sudah tiada.

“Semua pemain OG kini menjadi ejen bebas, bolehkah mereka kembali sebagai satu pasukan? Tidak.

“Tidak ada peluang, jangan bermimpi tentangnya. Ia sudah berakhir. Semua pemain sudah bersara secara rasmi,” katanya.

Perkara ini sememangnya sedih untuk peminat pasukan OG kerana kebanyakkan peminat masih merindui untuk melihat para pemain OG yang lama untuk kembali bermain bersama.

Namun, kita harus akur dengan keputusan mereka untuk bersara di arena kompetitif Dota2.

Foto: dotesports

RELATED NEWS

+