JDT bakal bersaing di kejohanan Champions eFootball (CeF)

Lapan kelab bolasepak terbaik daripada tujuh negara dari Asia Tenggara akan dinobatkan sebagai juara bagi kejohanan eFootball serantau iaitu Champions eFootball (CeF).

Kejohanan ini dipertandingkan menerusi e-sukan eFootball PES 2021 Season Update melalui PlayStation 4 dan menawarkan prize pool sebanyak AS$9,000 dengan mempertandingkan dua kategori iaitu kategori Elite dan Star.

Kejohanan ini akan berlangsung bermula 9 September hingga 7 Oktober ini.

Berikut ialah pasukan yang akan bertanding:

  • Malaysia – Johor Darul Ta’zim FC
  • Indonesia – Persib Bandung
  • Singapura – Tampines Rovers FC
  • Thailand – Buriram United FC
  • Thailand – Chonburi FC
  • Kemboja – Nagaworld FC
  • Filipina – United City FC
  • Vietnam – Ho Chi Minh City FC

Presiden Kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata minat kepada sukan bola sepak mendorong kepada langkah mereka menjejakkan kaki ke dunia e-sukan.

“Kami teruja melangkah ke dunia e-sukan sementara mengekalkan emblem dan warna kelab kami, JDT FC.

“Kejohanan ini memberikan peluang untuk kami menonjolkan bakat muda mewakili kelab dan berinteraksi dengan audien baru dalam e-sukan.

“Kami juga teruja untuk bersaing dengan kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan peringkat antarabangsa pula di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kejohanan ini akan ditayangkan secara langsung di laman rasmi Facebook dan Youtube

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi DI SINI.

Foto: Harian Metro

RELATED NEWS

+