JerAx dan Nightfall menyertai EG menjelang Dota Pro Circuit

Khabar angin yang berlegar diruang maya akhirnya disahkan dan pasukan top rantau barat, Evil Geniuses (EG), melengkapkan rombakan barisan pemain Dota 2 dengan menambahkan Egor ‘Nightfall’ Grigorenko dan Jesse ‘JerAx’ Vainikka ke barisan pemainnya hari ini menjelang Dota Pro Circuit (DPC) 2021-2022.

Kali terakhir JerAx bermain untuk OG adalah pada kemenangan berturut-turut di The International pada 2018 dan 2019, di mana beliau menjadi salah seorang pemain pertama yang pernah menjulang Aegis dua kali, lebih-lebih lagi dalam dua edisi berturut. Kini, beliau membawa pengalaman dan pendekatan unik permainan kepada rantau Amerika Utara untuk mencuba dan membantu EG menambah baik pada musim lalu pasukan.

Nightfall baru sahaja selesai bersaing dalam TI pertamanya sebagai sebahagian daripada Virtus.pro, membantu pasukan itu menduduki tempat kelima sebelum perbincangan dalaman tentang masa depan barisan pemain itu menyebabkan beliau diletakkan dalam senarai tidak aktif organisasi.

Perubahan Ketara

Nightfall mempunyai gaya permainan yang boleh disesuaikan untuk pemain teras dan EG nampaknya yakin pemain berusia 19 tahun itu akan mempelajari peranan baharunya dan menggunakan kemahiran mekanikal itu dengan cara yang unik untuk digandingkan dengan pendekatan baharu pasukan.

Manakala,Ā perubahan peranan JerAx mungkin kelihatan ganjil pada pandangan pertama, tetapi kedua-dua JerAx dan Cr1t- adalah pemain berbakat yang bertaraf dunia dan kini boleh bermain antara satu sama lain bergantung pada intuisi pasukan tentang menghampiri perlawanan tertentu.

Menurut Arteezy, perubahan barisan pasukan ini amat menarik kerana pemain teras dan pemain lorong selamat atau safelaneĀ sering berhubung dan berinteraksi bersama jadi JerAx dan Nightfall akan mempunyai pelbagai strategi yang baru untuk dibawa ke meta kini.

Barisan pemain Evil Geniuses yang berwajah baharu ini akan muncul di divisyen atas liga serantau Amerika Utara apabila DPC 2022 memulakan Winter Tour pada 29 November.

Sumber rujukan dan terjemahan: Dotesports

RELATED NEWS

+