Joget PUBGM, acara komuniti hasil kolaborasi EVOS Esports bersama Universal Music Malaysia

EVOS Esports baru-baru ini, mengumumkan sebuah kolaborasi eksklusif bersama Universal Music Malaysia untuk menganjurkan sebuah acara khas buat komuniti PUBG MOBILE. Kolaborasi ini juga melibatkan barisan permain profesional dari EVOS VIP dan duta jenama, termasuk barisan penyanyi di bawah naungan Universal Music Malaysia.

Acara Joget PUBGM ini bakal menampilkan bakat-bakat EVOS iaitu, Yakuza, FattahZie, J Hunter, xSamZ, Insomnus dan barisan artis daripada Universal Music iaitu DOLLA Syasya, DOLLA Tabby, Shalma dan Meer Nash.

Acara ini akan diadakan secara siaran langsung pada 13 Ogos 2021, di pelbagai platform rasmi EVOS Esports.

Bagi para peminat dan mereka yang berminat untuk memeriahkan acara komuniti ini, anda boleh melayarinya di laman rasmi EVOS Esports, YouTube, Instagram, TikTok dan Facebook rasmi mereka.

RELATED NEWS

+