John Cena berminat meneroka dunia Twitch dan NFT

Ahli gusti terkenal, John Cena, amat aktif dalam dunia sosial media. Malah beliau manjadi sensasi panas denga pelbagai video di mana beliau fasih berbahasa Mandarin dan perkataan “bing qi lin” yang sekadar bermaksud ‘ais krim’ menjadi meme di sekitar dunia internet.

Kini, bekas ahli gusti itu ingin belajar lagi tentang dunia penstriman Twitch dan NFT.

Menurut satu temubual baru-baru ini di Spotify, Cena menerangkan sebab beliau aktif di media sosial. Beliau berkata beliau ingin melihat dunia dengan lebih luas.

“Ia sukar untuk mengikuti garis masa kerana jumlah orang yang saya ikuti, tetapi saya cuba mempelajari lebih lanjut tentang dunia,” kata bekas ahli gusti serta pelakon berumur 44 tahun itu.

“Saya baru sahaja menerokai budaya tarian EDM, dan NFT, dan juga pelantar Twitch kerana saya tidak tahu apa-apa tentang mana-mana perkara ini.”

Cena berkongsi juga tentang matlamat penerokaan beliau ke bidang-bidang baharu yang belum pernah beliau lalui ini.

“Matlamat akhir bagi saya ialah saya mendapat skop yang lebih luas tentang perkara yang berlaku, dan saya boleh mempelajari perkara yang saya tidak tahu, dan mudah-mudahan, dapat mewujudkan komuniti. Jika anda melihat orang yang saya ikuti di Twitter, mudah-mudahan anda akan melihat  apa yang saya maksudkan,”

Cena juga baru sahaja tamat dengan penggambaran siri PEACEMAKER untuk HBO Max, yang bakal ditayangkan pada 14 Januari. Jadi, beliau ingin menggunakan masa lapang barunya dengan perkara yang berfaedah seperti ini.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+