JoinDOTA tutup operasi selepas 11 tahun..

Satu berita yang menyedihkan buat peminat-peminat Dota 2 seluruh dunia apabila laman web berita berkaitan Dota 2, JoinDOTA kini menamatkan operasinya selepas 11 tahun iaitu pada 31 Mac ini.

Dalam satu laporan mengatakan keputusan itu dibuat selepas banyak pertimbangan ekosistem Dota 2 dan bagaimana mereka ingin menyesuaikan diri dan terus berada dalam komuniti.

Antara pencapaian JoinDOTA ialah penganjuran acara sulung The International di Gamescom yang menjadi satu tanda aras buat kejohanan e-sukan terbesar di dunia.

Mereka juga mencatatkan lebih 1.5 bilion bacaan artikel dan mempunyai saluran Youtube dengan lebih 80 juta tontonan video.

Secara keseluruhan, JoinDOTA membantu membesarkan komuniti Dota 2 dengan penganjuran acara komuniti hinggalah berprestij.

Di bawah adalah ciapan dari talent Dota 2 yang menyatakan penghargaan mereka kepada JoinDOTA.

Namun, kata JoinDOTA, mereka tidak akan pernah berhenti dari terus menggiatkan diri dalam projek berkaitan Dota 2 namun yang pasti arah tuju mereka adalah berlainan selepas ini.

RELATED NEWS

+