Jom belajar cara-cara guna alat kawalan untuk Apex Legends Mobile

Bagi memudahkan lagi permainan Apex Legends Mobile, perkara yang paling penting sekarang ini adalah sokongan untuk alat kawalan (controller).

Menggunakan jari juga adalah sedikit susah untuk gamers yang jarang bermain permainan mudah alih.

Ini adalah senarai alat kawalan yang boleh digunakan untuk Apex Legends Mobile:

  • PlayStation Dual Shock 4 (PS4)
  • PlayStation DualSense Controller (PS5)
  • Xbox One
  • Xbox X/S Series
  • Razer Kishi Universal Mobile Gaming (iOS)

How to Fix Apex Legends' Tutorial Ultimate Not Working Bug

Jika anda mahu membeli alat kawalan baharu, senarai di atas adalah beberapa alat kawalan yang serasi dengan Apex Legends Mobile.

Bagaimanakah cara-caranya?

1. Jangan muat turun apa-apa aplikasi pihak ketiga.

Pergi ke Settings>Buka Bluetooth

2. Anda perlu mencari Paired Devices dan beberapa peranti yang ada dalam Paired Devices dan pastikan anda menghidupkan alat kawalan anda.

3. Untuk PlayStation, anda hanya perlu menekan butang PlayStation dan Share serentak.

Tunggu lima saat sehingga anda nampak lampu LED berkelip ini bermakna alat kawalan anda sudah dihidupkan.

4. Jika anda pernah menyambungkan alat kawalan ke telefon anda, anda hanya perlu tekan jenis alat kawalan anda di Paired Devices.

5. Jika ini kali pertama, anda perlu mencari Available Devices dan memilih alat kawalan.

Satu mesej akan terkeluar dan anda perlu menekan Yes/Confirm dan alat kawalan anda boleh digunakan terus.

6. Apabila anda sudah menyambungkan alat kawalan ke telefon anda, anda kini boleh membuka Apex Legends Mobile.

Jika sambungan ini berjaya anda sepatutnya boleh menggunakan alat kawalan itu tanpa masalah di menu Apex Legends Mobile.

Setting terbaik menggunakan alat kawalan

https://i0.wp.com/gamingonphone.com/wp-content/uploads/2022/05/Apex-Legends-Best-Controller-Settings.jpeg?resize=768%2C346&ssl=1

  • Pergi ke Setting dan pilih Controller 1.0.

Pilih Setting Terbaik

https://i0.wp.com/gamingonphone.com/wp-content/uploads/2022/05/a3.jpg?resize=768%2C339&ssl=1

1.Kalibrasi Joystick – kurangkan sehingga 0.1% mengikut cadangan.

2. Cursor Sensitivity – Naikkan tinggi untuk memudahkan anda ke 200% jika boleh.

3. Overall Sensitivity Scale – Anda boleh biar di 100% atau naikkan ke 110% maksima.

4. Vertical Sensitivity Scale – Kurangkan ke 75% mengikut kesukaan anda.

5.FPP without ADS: Biarkan di 100% dalam mod FPS.

6.TPP without ADS – Boleh dibiarkan di 100% mengikut keselesaan anda.

7. Optic ADS – Zoom mengikut jenis senjata. Tukar mengikut keselesaan anda.

Kamera

1. External Threshold: boleh dikurangkan sehingga 50%

2. Additional Rotation Speed – Jika anda mahu putaran kamera lebih cepat tetapi 50% adalah yang sesuai

3. Additional Rotation Speed Vertical Zoom – Jarang diperlukan biarkan sahaja di 0%.

4. Additional Speed Ramp-up Time – boleh dibiarkan di 0.25.

5.Additional Speed Ramp-up Delay – biarkan di 0 atau tukar mengikut kesesuaian.

Jika anda mempunyai masalah menembak dan pergerakan, mungking kadar bingkai permainan anda juga mainkan peranan.

Anda boleh menggunakan tetapan anda sendiri mengikut kesesuain dan keselesaan.

RELATED NEWS

+