Jom belajar istilah permainan video: Apa itu Whale?

Banyak ikan-ikan di laut namun dalam satu permainan video di telefon pintar terutamanya genre Gacha pasti akan ada Whale.

Whale Hello There — NYU COMM CLUB

Boleh dikatakan Whale ini adalah satu kumpulan kecil yang memberi keuntungan paling besar untuk permainan video di telefon pintar dan pengeluar permainan video.

Jadi apa itu Whale dalam permainan video telefon pintar?

Whale adalah seseorang yang membelanjakan wang lebih daripada biasa untuk satu transaksi mikro. Biasanya kalau di Malaysia, mereka dikenali sebagai ‘sultan’.

Pemain ini biasanya akan bermain permainan video percuma dengan membeli booster pack, summon mahupun kosmetik dan sebagainya.

Mereka adalah penyumbang terbesar dan boleh menguntungkan sesuatu syarikat permainan dengan nilai yang banyak.

Jadi berapa jumlah wang untuk melayakkan anda menjadi Whale?

Shitpost] A Better IAP Chart: PuzzleAndDragons

Mengikut The Great IAP Chart di atas anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya AS$1000 iaitu RM4000 untuk melayakkan anda menjadi seorang whale.

Namun jangan risau Dolphin juga boleh. Dengan jumlah transaksi bulanan sebanyak AS$50-AS$100 iaitu RM200-RM400 sebulan.

Sebagai contoh Daigo pemain Fate Grand Order pernah membelanjakan AS$70,000 iaitu sebanyak RM280 ribu untuk Fate Grand Order.

Fate Grand Order adalah permainan video gacha dari francais Fate.

What kind of whale are you?: grandorder

Ada masa pengeluar permainan video akan mendengar kata-kata dari seorang whale dari mendengar majoriti.

Ada sesetengah permainan video yang sepatutnya sudah mati tetapi masih hidup disebabkan masih mempunyai whale untuk menjana pendapatan pengeluar.

Kenapa orang whale?

1. Melepaskan diri dari grind yang teruk

Banyak permainan video yang memberi anda transaksi mikro untuk mengurangkan grind.

Kalau tidak mahu grind anda boleh bayar untuk cara paling mudah.

2. Tidak mahu menunggu.

Menunggu di dalam permainan video telefon sudah tidak asing lagi.

Dengan sistem stamina atau energy setiap gamer mempunyai masa yang terhad untuk melakukan aktiviti.

Cara mudah untuk tidak mahu menunggu adalah dengan menggunakan mata wang di dalam permainan video untuk mendapat lebih banyak stamina atau energy.

3. Loot Drop, Gacha!

Permainan video gacha terutamanya mempunyai sistem gacha untuk roll karakter-karakter kegemaran namun anda perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan karakter kesukaan anda.

Ini antara punca whale yang akan menggunakan banyak wang mendapat karakter atau kosmetik dari permainan video.

Konklusi

Whale mungkin menjadi konotasi negatif untuk mereka kerana menggunakan wang tapi hanya jika pemain itu tiada disiplin yang baik.

Setiap pengeluar permainan video seperti ini bukan sahaja mahu keuntungan tapi turut menawarkan sesi permainan yang menyeronokkan.

Apa yang penting kita perlu mengawal diri dari terlalu banyak membelanjakan wang untuk permainan video dan menjadi whale sehingga merosakkan diri sendiri.

RELATED NEWS

+