Jom saksikan TI 11 dengan menghadiri PUBSTOMP di Melaka pada 29 dan 30 Oktober

Minggu final untuk kejohanan dunia Dota 2, The International 11 bakal berlangsung pada 29 dan 30 Oktober ini. Empat pasukan yang tinggal iaitu Team Secret, Team Aster, Tundra dan Team Liquid bakal bertarung untuk merebut Aegis of Champions di Singapura.

Sehubungan itu, twt_dota dengan kerjasama Novoid Arena menganjurkan sesi tayangan (pubstomp) untuk final ini di LaCrista Hotel, Melaka pada kedua-dua hari.

Anda boleh merujuk kepada ciapan di bawah ini:

Ini pula adalah harga tiket yang ditawarkan termasuk penginapan selama dua hari satu malam di hotel itu.

Bagi tiket Immortal, anda akan dapat pakej penginapan dua hari satu malam di LaCrista Hotel dan tempat duduk premium dalam Arena berserta air free flow.

Harga tiket lain juga turut menyertakan merchandise kecuali Legend yang menawarkan tempat duduk free seating.

Bersama-sama itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan seperti cabutan bertuah, match predictions, cabaran CEEEEEEBBBBB dan lain-lain lagi.

Layari novoid-arena.my untuk pembelian tiket dan ikuti @twt_dota di Twitter bagi perkembangan lanjut.

RELATED NEWS

+