Siri televisyen The Walking Dead sememangnya popular. Oleh itu, Overkill Software bercadang untuk develop game survival yang menggunakan perspektif first-person dan mengumpulkan sehingga 4 orang pemain dalam sistem co-op.
Jom saksikan trailer baru ini!
Seperti yang korang perhatikan, Maya adalah seorang jururawat dan wabak zombi itu pada mulanya diperlihatkan di hospital. Walaupun mereka bersungguh untuk mempertahankan diri tapi salah seorang doktor dijangkiti dan meminta untuk ditembak sebelum bertukar.
Apa yang pasti, permainan video ini akan menyediakan elemen seperti dalam Dead Island yang mana setiap karakter mempunyai kepakaran sendiri. Macam Maya, dia mungkin akan jadi watak healer kerana statusnya sebagai jururawat.
Game ini dijangka akan dikeluarkan pada musim luruh (bulan September hingga Disember) di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.