Mungkin ini yang diperlukan oleh DC Universe dan Marvel sekarang.
Kedua-dua karakter daripada francais ini telah digabungkan dengan menggunakan seni AI.
Dalam dunia komik sebenarnya DC dan Marvel pernah membuat kolaborasi dan bergabung bersama dalam DC versus Marvel pada tahun 90-an namun sudah tidak lagi.
Seorang artis Ai bergelar Lantern Flix baru-baru ini berkongsi di Instagram ciptaan AI gabungan DC dan Marvel mengikut karakter yang bersamaan mengikut versi DC dan Marvel.
View this post on Instagram
Ini antara karakter-karakter DC dan Marvel yang digabungkan.
Batman dan Moonknight
Kedua-dua karakter ini adalah penjaga pada waktu malam dan sangat sesuai untuk digabungkan.
Batman denga batarang dan Moon Knight dengan crescent-moon emblem.
The Flash dan Quicksilver
Kedua-dua speedster ini sudah semestinya patut digabungkan.
The Flash dan Quicksilver selalu menjadi debat diantara peminat DC dan Marvel.
Siapa yang paling pantas?
Darkseid dan Thanos
Sudah semestinya antagonis ini layak digabungkan.
Kedua-dua karakter ini adalah antara antagonis paling besar untuk dunia masing-masing.
Cuba bayangkan Darkseid mempunyai Infinity Gauntlets?
Doctor Fate dan Doctor Strange
Sudah semestinya Doctor Fate dan Doctor Strange wajar digabungkan.
Mereka berdua ini mempunyai kuasa sihir yang kuat yang selalunya menjadi antara orang penting dalam mana-mana konflik besar.
Green Arrow dan Hawkeye
Perbandingan yang tidak boleh disangkal lagi.
Kedua-dua Hawkeye dan Green Arrow menggunakan busur dan panah untuk berlawan.
Deathstroke dan Deadpool
Antara karakter yang selalu digabungkan malah sebelum AI ini dibuat sudah banyak karakter gabungan Deathstroke dan Deadpool digabungkan oleh peminat-peminat.
Walaupun kedua-dua karakter ini mempunyai personaliti berbeza tetapi mereka sangat sesuai untuk digabungkan.
Apa lagi karakter DC dan Marvel yang anda ingin lihat digabungkan?