Jom tonton demonstrasi penuh Xbox Series X|S bertempoh 15 minit

Microsoft baru-baru ini memuat naik video demonstrasi penuh konsol baharu mereka iaitu Xbox Series X dan Xbox Series S. Video ini mempertunjukkan pelbagai kebolehan konsol tersebut seperti waktu muatan pendek, antaramuka baharu, dan banyak lagi.

Demonstrasi ini dihoskan oleh Malik Prince, Pengurus Program Komuniti Xbox, dan beliau disertai oleh Harrison Hoffman, Pengurus Program Utama Xbox. Perkara pertama yang dipertunjukkan ialah antaramuka baharu Xbox dan latar belakang dinamik.

Selepas itu, mereka mempertunjukkan betapa lajunya fungsi Quick Resume. Fungsi ini menggunakan kuasa SSD dalam konsol tersebut untuk mengurangkan waktu muatan apabila bertukar dari satu permainan ke permainan lain.

Mereka juga menunjukkan penambahbaikkan yang dilakukan kepada permainan generasi kini. Contoh yang digunakan ialah Gears 5 yang boleh dimain pada tetapan 4K 60FPS di Xbox Series X. Tetapan sebegini mustahil dicapai oleh konsol Xbox One kerana ia memerlukan kuasa pemprosesan dan kuasa kad grafik yang lebih tinggi.

Satu ciri yang sangat mengagumkan ialah betapa mudahnya proses menambahkan SSD luaran ke konsol tersebut. Perkara ini juga dipertunjukkan dan Xbox Series X dapat mengenalpasti SSD baharu tersebut secara hampir serta-merta.

Penulis sedar bahawa konsol Xbox tidak begitu popular di Malaysia kerana ia tidak mendapat sokongan yang baik daripada Microsoft. Contohnya, kebanyakan perkhidmatan dan proses jual beli di Microsoft Store tidak menerima Ringgit Malaysia.

Penulis berharap Microsoft akan cuba memperbaiki reputasi mereka di Malaysia kerana Xbox Series X nampak seperti sebuah konsol yang sangat bagus, lagi-lagi apabila digabungkan dengan pakej Xbox Game Pass yang menawarkan banyak permainan pada harga yang begitu rendah.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+