Jualan Halloween Steam 2020 kini telah bermula

Berita baik untuk peminat permainan seram PC: Jualan Halloween Steam 2020 kini telah bermula!

Jualan ini akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 3 November (waktu Malaysia). Seperti jualan-jualan bertemakan Halloween lain, ia memberi fokus terhadap permainan-permainan seram. Walaubagaimanapun, tetap ada beberapa permainan di luar genre seram yang menerima diskaun hebat.

Selain daripada diskaun permainan, jualan ini juga memperkenalkan beberapa item baharu dalam Steam Points Shop seperti latar belakang dan bingkai profil Steam. Acara-acara bertemakan Halloween dalam permainan-permainan tertentu seperti For Honor dan Dead by Daylight juga ditonjolkan.

Antara permainan-permainan yang penulis rasa berbaloi dibeli adalah:

  • Resident Evil 2 Remake – RM89.00 RM35.60
  • Resident Evil 7 Biohazard – RM69.00 RM22.77
  • Dead Space 2 – RM79.00 RM19.75
  • Darkwood – RM31.00 RM10.54
  • World of Horror – RM32.00 RM27.84
  • SOMA – RM56.00 RM5.60
  • The Evil Within 2 – RM158.00 RM79.00

Jika katalog yang ditawarkan di Jualan Halloween Steam 2020 tidak menarik minat anda, penulis menasihati anda untuk melihat jualan-jualan Halloween yang juga sedang berlangsung pada waktu ini seperti di PlayStation Store dan Epic Games Store.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+