Jualan Musim Bunga PlayStation Store – 10 Cadangan Game Murah & Best

Baru-baru ini, PlayStation Store (PS Store) mengadakan Jualan Mega March dan sejurus selepas jualan tersebut tamat, kini bermula pula Jualan Musim Bunga yang memberikan potongan harga untuk ratusan permainan video PlayStation 4 (PS4).

Jualan Musim Bunga PS Store ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 28 April 2020. Selain daripada memberikan potongan harga sehingga 85%, ia juga akan dikemaskini pada 15 April 2020. Maksudnya ada beberapa judul yang akan ditamatkan tempoh diskaun pada 14 April 2020 untuk diganti dengan judul lain pula.

Terdapat banyak pilihan yang menarik dalam jualan ini. Untuk membantu anda membuat pembelian yang bijak dan berbaloi, penulis telah menyediakan senarai cadangan 10 permainan video yang menyeronokkan:

 

Dragon Age: Inquisition – Game of the Year Edition

Harga jualan: RM21.00

Harga biasa: RM105.00

Dragon Age: Inquisition merupakan judul ketiga dalam siri Dragon Age. Ia adalah sebuah permainan video role-playing game (RPG) di mana anda bermain sebagai seorang ketua kepada kumpulan pahlawan yang perlu menyelamatkan dunia daripada seorang musuh yang bernama Corypheus.

Versi Game of the Year ini mengandungi kesemua kandungan tambahan yang dilancarkan untuk Dragon Age: Inquisition. Bila mengambil kira semua kandungan tambahan yang dimasukkan, anda akan perlukan sekurang-kurangnya 60 jam untuk menikmati kesemuanya. Pada harga RM21, itu merupakan tempoh permainan yang sangat berbaloi.

 

inFAMOUS Second Son

Harga jualan: RM29.60

Harga biasa: RM74.00

Dalam arena permainan video adiwira, Infamous merupakan antara siri permainan video yang sangat bagus. Dalam Infamous Second Son, anda bermain sebagai seorang watak yang mempunyai beberapa kuasa berunsurkan asap, neon, dan video. Dari segi kualiti grafik, judul ini juga mempunyai grafik yang realistik dan cantik.

 

Rise of the Tomb Raider

Harga jualan: RM37.05

Harga biasa: RM247.00

Selepas kejayaan reboot Tomb Raider yang dilancarkan pada tahun 2013, Crystal Dynamics (pembangun) mengeluarkan pula sebuah sekuel iaitu Rise of the Tomb Raider. Sekuel ini mempunyai peta yang lebih besar serta penambahbaikkan dari segi kualiti grafik dan jalan cerita.

 

Dark Souls 3

Harga jualan: RM55.75

Harga biasa: RM223.00

Jika anda jenis individu yang ingin mencari cabaran yang mampu membuat anda teringin lompat keluar tingkap rumah semasa terpaksa duduk di rumah, Dark Souls 3 ialah permainan video yang sempurna untuk anda.

Selain daripada mendapat gelaran antara permainan video paling susah di PS4, ia juga mempunyai atmosfera yang agak murung. Jangan beli jika anda sedang mencari ketenangan dan kebahagiaan.

 

God of War

Harga jualan: RM58.05 (PS+), RM64.50

Harga biasa: RM129.00

Jarang sekali sebuah permainan video menonjolkan cara permainan, jalan cerita, kualiti grafik, dan kualiti audio yang kesemuanya layak diberikan pujian tertinggi. God of War ialah salah satu judul sebegitu.

Salah satu aspek judul ini yang paling menarik ialah dialog di antara Kratos dan anaknya Atreus. Perkembangan hubungan antara pasangan bapa dan anak ini akan membuatkan anda rasa sedih, gembira, dan macam-macam lagi.

 

XCOM 2

Harga jualan: RM66.00

Harga biasa: RM264.00

Tidak semua orang meminati permainan video taktikal di mana anda menggerakkan waktu mengikut urutan dan perlu berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa.

Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, anda patut mencuba XCOM 2. Anda akan mengawal sekumpulan manusia yang perlu menewaskan makhluk asing yang mahu menakluk bumi.

 

Star Wars Battlefront II: Celebration Edition

Harga jualan: RM84.50

Harga biasa: RM169.00

Permainan video peperangan sudah cukup menyeronokkan. Bagaimana pula dengan permainan video peperangan yang berlangsung dalam alam Star Wars? Semestinya lagi menyeronokkan.

Versi Celebration Edition mengandungi semua kandungan tambahan yang telah dilancarkan untuk Star Wars Battlefront II. Tarikan utama judul ini ialah mod multi-pemainnya yang mampu menggambarkan suasana peperangan Star Wars yang sangat realisitk.

 

Resident Evil 2

Harga jualan: RM88.00

Harga biasa: RM176.00

Apabila berbicara tentang permainan video zombie, mustahil untuk tidak menyebut tentang siri Resident Evil dan Resident Evil 2 adalah antara judul yang paling hebat dalam siri tersebut.

Jika anda tidak mampu untuk membeli Resident Evil 3 (RE3) yang akan dilancarkan pada 3 April 2020, judul ini adalah alternatif yang sempurna. Lagipun, anda akan lebih memahami jalan cerita RE3 bila anda mampu membelinya pada masa depan.

 

L.A. Noire

Harga jualan: RM89.50

Harga biasa: RM179.00

Ingin menjadi seorang detektif yang temu ramah suspek dan siasat tempat kejadian untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang menarik?

Jika jawapan anda adalah “Ya, tuan”, anda patut mencuba L.A. Noire. Judul ini pada asalnya dilancarkan pada tahun 2011. Oleh itu, kualiti grafiknya tidak begitu hebat. Namun, ia tetap mempunyai dialog yang bernas dan informatif serta jalan cerita yang sangat menarik.

 

Assassin’s Creed Odyssey

Harga jualan: RM116.50

Harga biasa: RM233.00

Zaman Yunani Purba merupakan zaman yang sangat menarik untuk diterokai dan Assassin’s Creed Odyssey membolehkan anda menikmatinya sebagai seorang pahlawan yang juga berkebolehan untuk memanjat pelbagai jenis bangunan menggunakan kemahiran parkour.

Peta terbuka Assassin’s Creed Odyssey sangat besar dan terdapat banyak kandungan menarik dalam judul ini. Anda akan mengambil masa berpuluh-puluh jam untuk menerokai kesemuanya.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+