Steam Autumn Sale untuk tahun 2020 kini telah bermula! Terdapat diskaun untuk ratusan permainan video sehingga 90%. Jualan ini akan berlangsung dari hari ini hingga 2 Disember tahun ini."> Steam Autumn Sale untuk tahun 2020 kini telah bermula! Terdapat diskaun untuk ratusan permainan video sehingga 90%. Jualan ini akan berlangsung dari hari ini hingga 2 Disember tahun ini." /> Steam Autumn Sale untuk tahun 2020 kini telah bermula! Terdapat diskaun untuk ratusan permainan video sehingga 90%. Jualan ini akan berlangsung dari hari ini hingga 2 Disember tahun ini." />

Jualan Musim Luruh Steam 2020 kini telah bermula, diskaun sehingga 90%

Para pemain PC di Malaysia dinasihatkan untuk bersedia membeli-belah kerana Jualan Musim Luruh Steam atau Steam Autumn Sale untuk tahun 2020 kini telah bermula! Terdapat diskaun untuk ratusan permainan video sehingga 90%. Jualan ini akan berlangsung dari hari ini hingga 2 Disember tahun ini.

Pada waktu yang sama, peringkat pencalonan untuk acara anugerah The Steam Awards 2020 juga telah bermula. Anda boleh mencalonkan permainan-permainan kegemaran anda yang dilancarkan pada tahun ini untuk memenangi anugerah-anugerah seperti Game of the Year, Labor of Love, dan banyak lagi. Para pemenang akan diumumkan pada 3 Januari 2021.

Berikut adalah beberapa permainan PC popular yang menerima diskaun yang tinggi:

  • The Outer WorldsRM179.00 RM89.50 (diskaun 50%)
  • Resident Evil 3 (Remake) – Rm247.00 RM81.51 (diskaun 67%)
  • Assassin’s Creed OdysseyRM189.00 RM56.70 (diskaun 70%)
  • Death StrandingRM239.00 RM119.50 (diskaun 50%)
  • PUBGRM74.99 RM37.49 (diskaun 50%)
  • Titanfall 2RM119.00 RM39.27 (diskaun 67%)
  • Star Wars Jedi: Fallen OrderRM249.00 RM99.60 (diskaun 60%)
  • DOOM EternalRM236.99 RM78.20 (diskaun 67%)
  • Total War: Warhammer IIRM159.00 RM54.06 (diskaun 66%)
  • Middle-earth: Shadow of WarRM105.00 RM21.00 (diskaun 80%)

Jika jualan ini tidak menawarkan permainan-permainan yang anda minat, jangan risau kerana ia bukan jualan Steam terakhir untuk tahun ini. Masih terdapat satu lagi jualan besar Steam yang akan diadakan pada penghujung tahun 2020 iaitu Steam Winter Sale.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+