Juara MSC 2021, Execration dipercayai akan jual pemain-pemain mereka

Juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC) 2021, Execration nampaknya mungkin akan bubar kerana Liga Profesional (MPL PH) musim kelapan dikatakan akan menjadi liga francais seperti di Indonesia.

Oleh itu, laporan ONE Esports mengatakan Execration tidak akan membeli slot untuk bertanding di MPL PH musim kelapan.

Komen daripada salah seorang pemain Execration, Billy “Z4pnu” Alfonso juga menguatkan lagi kenyataan ini. Dikatakan, pemain-pemain Execration akan dijual kepada organisasi lain bagi membentuk roster yang akan bermain di liga profesional itu.

“Kami akan mempunyai pasukan baru selepas perbincangan bersama pihak atasan. Sedih tapi Exeshot (Execration) tidak akan ada lagi selepas ini,” katanya.

Pada masa yang sama, tidak akan ada perubahan pemain kerana roster sedia ada ini sudah cukup gah dan kuat bagi menghadapi MPL PH musim kelapan dan mereka akan terus komited memberikan yang terbaik.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+