Juara Wild Rift SEA Championship 2021 milik SBTC Esports

SBTC Esports berjaya memperoleh gelaran juara Wild Rift SEA Championship 2021 selepas menewaskan Team Secret dengan 4-1. Dengan berjaya menjadi dua pasukan terbaik, SBTC dan Team Secret berjaya mendapatkan tempat untuk ke Horizon Cup 2021.

Pasukan daripada Vietnam itu mengawal kejohanan dengan cukup baik dengan menewaskan Team Secret pada suku akhir Upper Bracket dengan 3-2, sebelum menewaskan Buriram United pada pusingan separuh akhir dengan 3-2.

Team Secret yang turun ke Lower Bracket terpaksa berusaha lebih sebelum berjaya menempah kedudukan di pusingan akhir Lower Bracket menentang Buriram United. Buriram United tewas dengan 2-3 kepada Team Secret.

Kejohanan yang dianjur oleh Riot Games dan ESL Asia itu berlangsung bermula daripada 14 September lalu sebelum pusingan Playoff yang diadakan pada 30 September hingga 3 Oktober lalu.

Kejohanan ini membabitkan 21 pasukan daripada sembilan negara Asia Tenggara. Ia afalah kejohanan utama bagi Asia Tenggara dan Icon Series bagi mendapatkan kelayakan ke Wild Rift Horizon Cup 2021.

Kejohanan ini juga menawarakan hadiah terkumpul sebanyak RM834,000 di mana juara akan memenangi sebanyak RM 125,000 diikuti tempat kedua sebanyak RM83,000 dan tempat ketiga RM66,000.

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+