Jumlah pengguna serentak di Steam mencipta rekod baharu

Pelantar permainan popular, Steam, mencapai rekod tahap tertinggi baharu dengan pengguna serentaknya sebanyak 27 juta pengguna berada di platform baru-baru ini.

Rekod itu didaftarkan oleh platform data SteamDB, dengan 27,384,959 pemain disambungkan pada masa yang sama pada 28 November 2021. Daripada 27 juta pengguna ini, sebanyak 7.8 juta pengguna sedang berada di dalam apa-apa permainan menurut data SteamDB.

Counter-Strike Global Offensive kekal sebagai permainan yang paling banyak dimainkan di Steam dengan 915,791 pemain dalam 24 jam terakhir, diikuti oleh Dota 2 dengan 677,744 pemain dalam 24 jam terakhir, dan PUBG sebanyak 344,841 pemain.

Rekod Steam sebelum ini adalah 26 juta pengguna serentak yang dicapai pada bulan April. Sebelum itu, pada Disember 2020, Steam memecahkan rekod pengguna serentaknya sendiri dua kali dalam masa beberapa hari, dengan hanya 25 juta pengguna serentak.

Dengan pelancaran Steam Deck, mungkin jumlah ini akan diatasi sekali lagi. Namun, Steam Deck tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia tetapi anda boleh mengimportnya melalui saluran-saluran tertentu.

TAGS

RELATED NEWS

+