PUBG New State menerima lebih dari 40 juta pra-pendaftaran di peranti Android dan iOS. "> PUBG New State menerima lebih dari 40 juta pra-pendaftaran di peranti Android dan iOS. " /> PUBG New State menerima lebih dari 40 juta pra-pendaftaran di peranti Android dan iOS. " />

Jumlah pra-pendaftaran PUBG New State mencecah 40 juta pemain

PUBG New State menerima lebih dari 40 juta pra-pendaftaran di peranti Android dan iOS.

Krafton mengatakan bahawa permainan battle royale itu baru-baru ini sudah menyelesaikan ujian alpha keduanya. Pembangun dan penerbit permainan itu juga mengumumkan yang PUBG New State akan dilancarkan sekitar bulan depan. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by PUBG: NEW STATE (@pubgnewstate)

Krafton secara global mengumumkan permainan PUBG New State pada bulan Februari, tetapi pra-pendaftarannya ditangguhkan kerana pelancaran dan pembangunan permainan PUBG Mobile untuk pasaran di rantau India iaitu Battlegrounds Mobile India.

Hal ini demikian kerana, kerajaan India sudah mengharamkan PUBG Mobile pada bulan September tahun lalu dengan alasan bahawa permainan itu adalah ancaman bagi ‘kedaulatan, integriti, pertahanan, dan keamanan negara’.

Minkyu Park, Penerbit Eksekutif PUBG New State menyatakan bahawa “Kami dapat mencapai tahap kejayaan ini kerana semangat peminat di seluruh dunia dan kepercayaan mereka terhadap usaha PUBG Studios.” 

Park juga menekankan bahawa mereka sedang berusaha untuk menambahbaikkan PUBG New State dengan mengambil maklum balas yang diterima sewaktu selesainya ujian Alpha kedua permainan itu.

PUBG New State menjanjikan pelbagai pengalaman baru kepada pemain dan peminat siri itu. Oleh itu, tidak hairan lagi mengapa permainan ini amat popular dan meraih lebih 40 juta pra-pendaftaran dalam masa yang singkat.

RELATED NEWS

+