Jump Force Memperlihatkan Beberapa Imej Karakter Bleach

Anime Expo 2018 baru saja berakhir semalam dan nampaknya Bandai Namco memperlihatkan kejutan kepada peminat menerusi permainan videonya, Jump Force.

Selepas beberapa hari mereka mengumumkan kemasukan karakter dari anime Bleach, screenshot di Crunchyroll ini menunjukkan tiga karakter beraksi. Mereka adalah Kurosaki Ichigo dan Kikuchi Rukia yang memang dah bersedia untuk menewaskan beberapa pesaing lain dalam dunia Jump Force.

Kita juga menyaksikan pentas Hong Kong dimasukkan buat pertama tali. Ia adalah pentas yang cerah, dengan beberapa bilik untuk karakter bergerak dan menggunakan taktik masing-masing.

Jump Force juga mengesahkan beberapa karakter kegemaran iaitu Frieza dan Goku dari Dragon Ball Z; Luffy dan Zoro dari One Piece; Naruto dan Sasuke dari Naruto dan ramai lagi belum diumumkan. Yang paling mengejutkan, kumpulan ini mungkin akan menerima Death Note daripada Ryuk juga walaupun statusnya dalam permainan belum lagi disahkan sepenuhnya.

Buat pertama kalinya, hero Manga yang popular ditempatkan dalam medan pertarungan baru. Jump Force adalah permainan pertarungan realistik yang menggabungkan dunia Naruto, Dragon Ball dan One Piece dan macam-macam lagi. Ia akan hadir di Xbox One, PlayStation 4 dan PC pada 2019.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+