Jumpa bug dalam Steam Wallet, individu ini dibayar oleh Valve RM30,000

Seorang penyelidik sekuriti menjumpai satu bug besar yang boleh membuatkan Valve kehilangan wang yang sangat banyak.

Pepijat itu membolehkan anda untuk tambah nilai Steam Wallet tanpa had dengan satu bayaran sahaja. Bug itu juga apabila pengguna menggunakan Smart2Pay.

Smart2Pay boleh dikatakan seperti paypal untuk Belanda.

Apa yang berlaku ialah anda boleh mengubah jumlah wang yang akan masuk ke dalam sistem dengan bayaran serendah AS$1 sahaja.

Steam berterima kasih kepada orang yang menjumpai bug itu dan membayarnya sebanyak RM30,000.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari pihak Smart2Pay.

RELATED NEWS

+