Jumper berada di posisi keenam terbaik untuk acara solo PUBG Mobile

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Atlet e-sukan PUBG Mobile Malaysia memulakan langkah mereka di Sukan SEA 2021 Vietnam semalam. Kategori solo memulakan perlawanan terlebih dahulu, diikuti 51 pemain daripada 17 pasukan untuk lima pusingan semalam. Malaysia diwakili oleh Jumper, Franky, uHigh, DamRUDE, XRush dan Snipes.

Jumper atau nama sebenarnya Muhammad Izzrudin Hashim berjaya menduduki posisi keenam selepas mendapatkan WWCD di pusingan yang keempat. 

Franky atau nama sebenarnya Amirul Hafiz berjaya menduduki posisi kesebelas selepas berjaya mengutip enam mata singkir.

Pemain negara yang lain berada di posisi ke 27 (XRush), 33 (DamRUDE), 41 (uHigh) dan 42 (Snipes).

Kini, kita masih mempunyai lima pusingan terakhir untuk mengetahui siapa yang bakal meraih pingat pertama sukan SEA bagi acara PUBG Mobile (solo) hari ini.

Para peminat PUBG Mobile tanah air teruskan memberi sokongan anda buat enam pemain Malaysia di sukan SEA Hanoi yang sudah bermula daripada 16 Mei hingga 22 Mei ini.

Siaran langsung boleh ditonton di Youtube PUBG Mobile Esports bermula jam 4 petang ini.

Semoga berjaya Jumper, Franky, DamRUDE, Snipes, XRush dan uHigh!

RELATED NEWS

+