Jurugambar Ini Menanggalkan Konsol Game Popular & Pamerkan Keindahan Isi Dalam Konsol

Korang pernah tak terfikir bagaimana sesuatu alat akan lihat jika kita buka, tanggal, pisahkan dan disusun secara teliti? Sebagai contoh, saya pernah tanggalkan pen liquid paper dan pisah-pisahkan semua komponen serta membentangkan bagi melihat alat yang dicipta untuk sembunyikan kesalahan tulisan.

Korang dapat rasa teruja daripada membuat demikian (itulah apa yang saya rasa) dan saya merasakan perasaan ini juga timbul apabila kita mencantum-cantum bongkah Lego dan pisahkan kembali atau memotong komponen daripada sekeping plastik untuk membina Gunpla.

Seorang jurugambar, Richard Parry menghasilkan projek gambar dipanggil sebagai Assembly Required yang mana Parry menanggalkan konsol video game lama dan menyusun dengan gaya seperti meletup bagi melihat setiap komponen isi dalam selonsong plastik luaran.

Game Boy keluaran 1995.

Parry juga bekerja sebagai juruelektrik memulakan projek ini dengan menanggalkan sebuah model Game Boy berwarna kuning dan kemudian disusun secara manual mengikut pembahagian komponen. Hasil gambar ini kelihatan seperti imej yang dijana oleh komputer  iaitu menunjukkan 7 pisahan lapisan indah berbeza yang mana memperlihatkan komponen skrin, punat A & B, setiap jenis skru, papan litar dan tempat penyimpanan bateri AA secara teliti dengan latar belakang biru dan dia berkongsi hasil gambar ini melalui Reddit pada Mei lalu.

Ketika dihubungi oleh Kotaku, Parry menjelaskan proses bagaimana dia menghasilkan efek komponen terapung-apung di udara yang boleh sahaja dihasilkan melalui komputer. Dia menyusun setiap komponen melalui kertas akrilik telus, meletakkan gam setelah mendapat posisi yang betul dan hasilkan lapisan yang korang lihat di atas. 

Meskipun Parry susun dengan tangan sendiri, gambar-gambar yang ditangkap perlu melalui proses suntingan rumit untuk buang segala gam, hilangkan kekaburan yang menyembunyikan komponen di sebalik kertas telus dan sunting bayang-bayang untuk tampak lebih seragam.

Sumber: Kotaku

Selain Game Boy, juruelektrik ini telah menanggalkan komponen PS1, Nintendo 64, Nintendo DS dan paling baru adalah konsol PS2 yang korang boleh lihat di laman profil Instagram.

Parry membeli konsol lama melalui eBay dan lebih tertarik kepada pemasangan konsol lama berbanding moden. “Saya minat konsol Nintendo kerana mereka memang mengambil risiko dengan rekaan konsol dan konsol ini tampak cantik dalam kepingan filem. Saya elakkan diri daripada membuka konsol moden kerana mereka semua kelihatan seperti kotak hitam dan tidak nampak menarik,” kata Parry

Parry menganggap, “Rekaan luaran konsol lama mempunyai dalaman yang menarik dan pembinaannya sangat mudah iaitu semua komponen ditetapkan ke papan litar utama. Oleh sebab itulah, konsol lama ini masih lagi berfungsi 20 tahun selepas dibina.”

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+