Jurulatih NSEA kata patch baru MLBB akan ubah meta jungler, midlaner

Patch terbaru Mobile Legends semestinya mengejutkan ramai pihak. Banyak perubahan dilakukan antaranya kepada hero, jungler dan perubahan kecil lain.

Bagi Nik Mohd Hafizuddin Nik Mohd Kamil yang kini menjadi jurulatih NSEA, perubahan paling ketara mungkin pada jenis hero yang akan digunakan pada posisi jungler.

“Pada patch yang baru ni, damage Retribution tidak ada penambahan damage daripada HP dan juga skill. Jadi, damage yg dikeluarkan oleh Retribution adalah sama.

“Tidak relevan untuk memakai tank sebagai jungler lagi disebabkan semua pemain akan beralih ke emblem killing spree Assassin,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga menambah, perubahan pada minion di bahagian midlane akan banyak mengubah corak permainan setiap pasukan.

“Dengan tiadanya minion meriam, minion di bahagian tengah akan lebih cepat untuk dihapuskan dan hero bahagian tengah akan cepat melakukan ganking ke laluan lain.

“Sesebuah pasukan itu juga mempunyai pilihan untuk merusuh ke bahagian buff ungu,” katanya.
 
Katanya, dari segi hero, tak banyak yang berubah cuma mungkin Roger, YSS dan juga Paquito akan kembali menjadi pilihan di bahagian jungler, di samping hero Assassin yang lain.

Patch penuh boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+