Jurulatih ONIC PH meninggalkan pasukan

ONIC PH adalah salah satu pasukan terkuat di Filipina. Naib juara Kejohanan Dunia M3 ini walaubagaimanapun gagal mendapatkan slot mereka ke MSC 2022.

Namun begitu, kebolehan mereka dari segi mekanikal dan juga makro amat disegani di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONIC Philippines (@onicphilippines)

Kini, ONIC PH mengumumkan bahawa jurulatih pasukan mereka iaitu Yeb kini meninggalkan pasukan itu. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran rasmi Instagram mereka.

Yeb menyertai ONIC PH semenjak bulan Julai lalu dan dia adalah salah seorang individu yang membawa ONIC PH menjadi naib juara M3.

Pemergian Yeb sebagai jurulatih pasti akan memberikan impak yang besar kepada pasukan ONIC PH. Siapakah yang bakal menggantikan jurulatih ini nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONIC PH

RELATED NEWS

+