Jurulatih RSG MY, Cr1tics tidak lagi bersama pasukan

Jurulatih RSG MY, Hifadhi Fatha Sarbini (Cr1tics) kini tidak lagi bersama organisasi itu sejak semalam.

Dalam satu pengumuman ringkas di Facebook, RSG MY mengucapkan terima kasih dan menghargai sumbangannya bersama pasukan. 

Tulis RSG MY, Hifadhi bertanggungjawab membentuk pasukan ini dari mula hinggalah ke lineup sekarang.

“Terima kasih atas khidmat profesional dan kasih sayang diberikan sepanjang berada dengan pasukan,” 

Hifadhi membantu pasukan RSG MY menjuarai liga profesional (MPL) MY musim ketujuh dan tempat keempat di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

RELATED NEWS

+