Jurulatih Team Caracal optimis boleh ke playoffs dengan lineup baharu

Jurulatih Team Caracal, Fikry Amir atau Jerong mengakui lineup baru bagi minggu keenam ini banyak mengubah percaturan pasukan ini bagi meraih kemenangan di MPL MY S10.

Team Caracal berjaya menamatkan kemarau lima minggu tanpa kemenangan selepas memenangi perlawanan silang kumpulan, 2-1 ke atas Suhaz Esports, semalam dan 2-0 ke atas Team SMG hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Malah katanya, pemilihan pemain juga ada dibuat olehnya sendiri.

“Wyn memang saya yang nak kerana kebolehan dia bermain secara aggresif and mementingkan objektif dan Maima adalah pilihan dari pihak pengurusan dan saya bersetuju selepas berbincang.

“Tiada kelainan yang saya terapkan dalam pasukan. Sama sahaja seperti sebelum ni. Cuma pemain yang dapat sesuaikan diri dengan lebih cepat,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Fikry menambah, lineup ini yang juga terdiri dari tiga bekas pemain Suhaz dari musim lalu sangat membantu.

“Mereka sangat membantu kerana berkebolehan dan berpengalaman di MPL. Paling penting keserasian dari trio Ex-Suhaz.

“Pemain tier 2 perlukan masa lagi. Mungkin kalau diberi latihan dua bulan mereka boleh tunjukkan sesuatu,” tambahnya.

Fikry sangat berbangga dengan pemain yang memberikan 100% komitmen dan dia berharap Team Caracal terus konsisten dan kekalkan momentum serta layak ke playoffs.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+