Kad Magic: The Gathering dijual dengan harga RM2.4 juta

Sekeping kad daripada permainan Trading Card Game (TCG) terkenal, Magic: The Gathering (MTG) dijual dengan harga AS$540,000 ataupun RM 2.4 juta dalam satu acara bidaan baru-baru ini.

Kad ini adalah Black Lotus dan ia merupakan salah satu kad yang paling dicari ramai di seluruh dunia. Kad ini dicetak pada 1993 dan hanya 1,100 keping saja dicetak.

Pada acara bidaan ini, Black Lotus mendapat markah penilaian paling tinggi iaitu Gem Mint 10 daripada Professional Sports Authenticators (PSA), badan yang menyemak kualiti kad.

Bukan itu sahaja, kad ini juga terdapat tandatangan artis iaitu Christopher Rush dan ia melonjakkan harga kad ini dengan lebih tinggi.

Kad ini turut dijual dengan harga AS$510,000 (RM2.2 juta) pada 2021 dan turut mendapat penilaian paling tinggi iaitu Gem Mint 10.

Black Lotus adalah salah satu “Power Nine” di mana terdapat beberapa kad yang diharamkan bermain kerana terlalu kuat di dalam semua format kompetitif.

Ia berada di dalam “Reserved List” di mana kad-kad yang berada dalam senarai ini tidak akan dicetak semula untuk memelihara nilainya.

Namun pada set Magic: The Gathering 30th Anniversary, Hasbro yang memiliki MTG sudah mencetak semula kad ini dan ia mengundang kemarahan para pemain serta pengumpul kad ini.

RELATED NEWS

+